Thursday, November 29, 2012

Pilihan baju kurung untuk majlis keraian khusus untuk size besar

Dapatkan koleksi baju kurung size besar yang menarik ini dari kami. Sesuai untuk majlis keraian dan ke pejabat. Pelbagai corak dan warna untuk dimiliki. Tempahlah sekarang, sementara stok masih ada.

Koleksi Nevonura
Material English Cotton
Size 48, 50, 52, 54, 56

RM 249 







Koleksi Ovlera
Material English Cotton
Size 36, 38, 40, 42, 44, 46
RM 239 






Wednesday, November 28, 2012

Pilihan Baju kurung moden untuk tempahan

Anda ingin mencari baju kurung yang sesuai untuk majlis bahagia anda? Inginkan busana kurung yang moden dan anggun di majlis bertunang? Kini anda boleh menempah rekaan terkini dari kami di JariJemari ZatilAmali.


Calvina Collection
RM290. 

Pre-Order. delivery starting 1/12/12. Baju Kurung Moden Calvina1. Full Lining Korean Chiffon. Size 34, 36, 38, 40. Tempah sekarang untuk mendapatkan pilihan anda! 


 Pre-Order. delivery starting 1/12/12. Baju Kurung Moden Calvina2. Full Lining Korean Chiffon.  Size 34, 36, 38, 40. Tempah sekarang untuk mendapatkan pilihan anda!



 Pre-Order. delivery starting 1/12/12. Baju Kurung Moden Calvina3. Full Lining Korean Chiffon. Size 34, 36, 38, 40. Tempah sekarang untuk mendapatkan pilihan anda!




Inzolara Collection

RM280.


Anda sukar mencari baju kurung saiz besar? Tempahlah dari kami. Pre-order untuk stok Inzolara1. delivery starting 1/12/12. Full Lining Korean Chiffon. Size 42,48. Tempah sekarang untuk mendapatkan pilihan anda! 


 Anda sukar mencari baju kurung saiz besar? Tempahlah dari kami. Pre-order untuk stok Inzolara2. delivery starting 1/12/12. Full Lining Korean Chiffon. Size 42,44. Tempah sekarang untuk mendapatkan pilihan anda!




 Anda sukar mencari baju kurung saiz besar? Tempahlah dari kami. Pre-order untuk stok Inzolara3. delivery starting 1/12/12. Full Lining Korean Chiffon. Size 42,44,46. Tempah sekarang untuk mendapatkan pilihan anda!


Ora Collection

RM299.


 Baju kurung rekaan terkini Ora1, material full lining chiffon berkualiti. Stok terhad! tempah sekarang untuk mendapatkan saiz anda. Size 36, 38, 42. Size 40 sold out



 Baju kurung rekaan terkini Ora2, material full lining chiffon berkualiti.  Stok terhad! tempah sekarang untuk mendapatkan saiz anda. Size 36,40, 42. Size 38 sold out





Baju kurung rekaan terkini Ora3, material full lining chiffon berkualiti.  Stok terhad! tempah sekarang untuk mendapatkan saiz anda. Size 38, 42. Size 36, 40 sold out

Friday, November 23, 2012

Tips Menjadi Pengantin Bahagia..

Salam kepada semua pengunjung JariJemari ZatilAmali... Pastinya anda sedang dalam perancangan untuk merealisasikan hari bersejarah anda tidak lama lagi. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Bersempena musim cuti sekolah ini, pastinya ramai pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan. Apa kata kita intai beberapa tips untuk menjadi Pengantin Bahagia...

1. Merancang perkahwinan menjadi pengalaman manis
    Majlis perkahwinan merupakan satu keraian keluarga yang amat dinanti-nantikan bukan sahaja pasangan pengantin malah kaum keluarga. Pastikan perancangan dilakukan dengan sabar dan penuh berdedikasi. Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Mungkin ada yang akan membuatkan anda kurang gembira namun anda mesti positif dan pastikan perancangan anda teratur. Mulakan dengan berbincang bersama keluarga dan sediakan To Do List untuk anda semua memahami peranan masing-masing. Pengagihan tugas akan memudahkan anda kelak. Ianya juga akan menjadi kenangan yang manis untuk anda sekeluarga untuk dikenang kembali...

2. Kelihatan menawan di majlis perkahwinan
    Setiap pengantin pastinya ingin kelihatan menawan di hari perkahwinan nanti. Pastikan anda berjalan dengan penuh tenang dan melemparkan senyuman menawan kepada tetamu yang hadir. Jagalah adap sopan anda pada hari itu kerana anda adalah 'Raja Sehari' yang mana pastinya semua tumpuan terarah kepada anda. Bercakap dengan nada sederhana dan banyakkan senyuman. Walau anda tidak selesa mungkin kerana cuaca yang panas, bertenang dan elakkan dari kelihatan terlalu resah dan gelisah. Pastikan pemilihan pakaian yang menawan dan sesuai untuk anda, serta selesa dan anggun..

3. Mendapatkan rehat yang secukupnya
   Perkara paling penting untuk anda sebelum majlis berlangsung adalah mendapatkan rehat yang secukupnya. Ianya penting agar anda kelihatan segar dan menarik ketika majlis berlangsung. Anda tentu tidak mahu kelihatan terlalu penat di majlis istimewa anda. Seandainya ada tugas yang belum selesai, pastikan  anda melantik pembantu samada dari keluarga atau kawan-kawan untuk membantu anda menyelesaikannya. Tenangkan diri dan tidurlah dengan selesa agar anda dapat bangun awal untuk persiapan majlis anda.

4. Meminta maaf kepada ibu bapa dan meminta restu
  Saat kita dilahirkan di dunia ini, ibu bapa adalah pendukung utama kehidupan kita dan apabila kita ingin melangkah ke gerbang perkahwinan, tanggungjawab ini akan dibawa oleh pasangan kita. Berjumpalah secara personal dengan kedua ibu bapa sebelum majlis berlangsung dan meminta maaf di atas kesalahan dan kekurangan anda, juga meminta restu dari mereka. Walaupun mereka gembira tetapi jauh di sudut hati, mereka seperti kehilangan anda. Dakaplah mereka dan percayalah, restu ibu bapa penting untuk anda dan pastinya ianya akan meyakinkan mereka yang anda akan baik-baik sahaja..

5. Berdoa dan solat
   Yang pasti, anda harus pastikan anda dan pasangan memperbanyakkan doa dan tidak meninggalkan solat kerana ianya adalah tunjang utama rumahtangga. Kemeriahan majlis tidak sepatutnya menghalang anda dan pasangan dari mengerjakan solat. Jangan kerana ingin mengambil gambar, melayan tetamu atau tidak mahu makeup rosak maka anda meninggalkan solat. Ingat, anda baru memulakan perjalanan berumahtangga maka pastikan anda berdua melakukannya demi Allah. Insyaallah, segalanya akan dipermudahkan nanti..


Semoga tips ini dapat membantu anda melayari hari bahagia yang bakal menjelang. Kami doakan agar anda dan pasangan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Wassalam..